Mungkin ada yang berbuat baik dengan kita mengharapkan jasa tersebut akan dibalas kemudian hari. Ada yang membuat baik dengan penuh keikhlasan hati.
Tapi penghargaan atas kebaikan seseorang itu akan menjadikan hidup kita lebih indah.
Pernahkah anda dihargai oleh seseorang, dan ia membuatkan anda ingin melakukan kebaikan lagi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Penghargaan yang ditunjukkan oleh seseorang menjadikan kita seorang yang tidak berkira.
Penghargaan itu pula boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya memberi balasan balik dalam bentuk hadiah, belanja atau semudah ucapan terima kasih. Bahkan jika tidak mampu membalas apa-apa, balaslah dengan doa sekalipun.
Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang kepentingan menghargai orang dalam sebuah hadis.
مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang berbuat kepada kamu kebaikan maka balaslah. Jika kamu tidak mempunyai sesuatu untuk membalasnya, maka doakanlah dia, sehingga kamu merasakan bahawa kamu sudah membalasnya.” (Riwayat Abu Daud, no.1672)
Ya, cara yang paling mudah ialah berdoalah yang baik-baik buat mereka jika kita sukar membalas semula kebaikan mungkin kerana faktor jarak jauh dan masa yang terhad.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.