Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tanda-Tanda Anda Mungkin Ada Batu Karang

Batu karang adalah koleksi garam dan mineral yang terbentuk dalam buah pinggang dan boleh bergerak ke bahagian saluran kencing yang lain.
Editor
08 Jan 2020, 08:30 PM

Batu karang adalah koleksi garam dan mineral yang terbentuk dalam buah pinggang dan boleh bergerak ke bahagian saluran kencing yang lain.

Saiz batu karang berbeza-beza. Ada yang bersaiz kecil dan ada yang boleh membesar sehingga beberapa inci.

Batu karang terbentuk apabila terlalu banyak kandungan mineral dalam tubuh terkumpul dalam air kencing.

Biasanya batu karang ini akan menyebabkan kesakitan yang dahsyat. Ini beberapa tanda-tanda yang menunjukkan mungkin anda ada batu karang.

  1.  Sakit bahagian belakang, sisi atau perut

Biasanya kesakitan ini bermula apabila batu karang bergerak ke ureter yang sempit. Ini akan menyebabkan ureter tersumbat, yang mana membuatkan tekanan terbina dalam buah pinggang.

Kesakitan boleh dirasai pada bahagian perut dan buah zakar apabila batu karang ini bergerak ke bawah melalui saluran kencing.

  1.  Ketika kencing akan rasa sakit atau terbakar

Kesakitan boleh dirasakan seperti tajam atau terbakar ketika anda kencing. Anda mungkin akan tersalah anggap kesakitan itu adalah jangkitan saluran kencing jika anda tidak tahu anda mempunyai batu karang.

  1.  Terdesak dan kerap kencing

Apabila anda harus pergi ke tandas dengan segera atau lebih kerap daripada biasa merupakan satu lagi tanda bahawa batu tersebut telah berpindah ke bahagian bawah saluran kencing anda.

  1.  Darah dalam air kencing

Gejala ini dikenali sebagai hematuria. Warna darah boleh menjadi warna merah, merah jambu atau coklat.

  1. Air kencing kabur atau berbau

Dalam satu kajian mendapati bahawa kira-kira 8% daripada orang yang mempunyai batu karang akan mempunyai jangkitan saluran kencing.

  1.  Kencing sikit-sikit atau tidak lawas

Batu karang yang bersaiz besar boleh tersekat di dalam ureter. Penuymbatan ini boleh memperlahankan atau menghentikan aliran air kencing. Jika aliran air kencing terhenti sepenuhnya, ini merupakan satu kecemasan perubatan dan anda harus ke hospital dengan segera.

  1.  Mual dan muntah

Memang perkara biasa bagi orang-orang yang mempunyai batu karang untuk mengalami perasaan loya dan ingin muntah. Ini berlaku kerana terdapat sambungan saraf bersama antara buah pinggang dan saluran gastrousus. Batu-batu dalam buah pinggang boleh memicu saraf dalam saluran gastrousus yang menyebabkan perut anda rasa tidak enak.

  1. Demam dan menggigil

Demam dan menggigil adalah tanda-tanda anda mempunyai jangkitan pada buah pinggang atau bahagian lain.

Sumber: iluminasi.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}