Debat tentang kawan berlainan jantina ini dibahas sekian lama. Tapi macam mana kita nak tahu jika lelaki tu anggap anda sebagai kawan sahaja ataupun lebih daripada itu.
- Jarang balas mesej
Selalu kena bluetick, lepas tu anda saja yang kena tegur dia dulu. Kalau dia balas pun, selalu lambat dan balas sepatah-sepatah. Maka, anda dah boleh perlahan-lahan berhenti beria la.
- Tak pernah cakap pasal kawin dengan anda
Lelaki bila dia belum bersedia untuk berkahwin, benda paling menjengkelkan baginya adalah apabila kenalan perempuannya bertanyakan soal kahwin. Mungkin dia tak bersedia ataupun masih anggap anda sebagai kawan biasa sahaja.
- Dah confess tapi tak ada perbezaan pun
Rasanya ini benda paling sakit kot. Dah confess pun masih tak dapat apa. Pun reaksi daripada dia. Masa ini anda dah boleh mula untuk move on perlahan-lahan.
- Dah confess tapi main tarik tali
Ini scenario yang lain pula. Dah confess tapi main tarik tali. Ini mungkin dia ada perasaan dengan anda tetapi masih keliru ataupun dia hanya ingin mengisi kekosongan di hatinya. Lebih baik move on saja.
- Luahkan perasaan pasal perempuan lain kepada anda
Ini dah memang terang-terangan dia menganggap anda sebagai kawan biasa. Lagi-lagi kalau dia minta nasihat tentang macam mana nak menawan hati wanita itu.
- Tak pernah ingat tarikh penting
Benda paling asas la ingat tarikh lahir, kalau itu pun dia boleh lupa. Faham-faham sendiri la kedudukan anda dalam hidup dia.
Jangan takut nak move on. Friendzone ini sangat biasa. Ada yang lebih baik di luar sana. Nasihat saya, sayangi diri anda dahulu. Hargai diri anda, baru orang lain boleh hargai anda.
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.