Seorang wanita menghabiskan masanya 22 jam sehari selama hampir 2 tahun, menyebabkan dia mengalami kegemukkan melampau.
Mise Coakley dilaporkan hampir tidak boleh bergerak pada 2010 gara-gara makan makanan ringan seperti kerepek dan coklat.
Wanita berkenaan juga mendakwa bentuk badannya bertukar daripada saiz 10 ke saiz 24 kerana kurang bergerak.
"Saya seperti baharu terbangun dari tidur dan tiba-tiba jadi 'gemuk'.
"Saya tidak dapat bergerak dan hanya tertidur kerana keletihan dan hanya makan makanan ringan.
"Akibatnya berat badan saya naik mendadak," katanya.
Akibat daripada masalah kesihatan itu, Mise hanya mampu terlantar di atas katilnya selama 21 bulan sehingga Februari 2013.
"Saya banyak tidur sepanjang hari, ada kalanya selama 22 jam. Saya rasakan seperti tidak cukup tidur.
"Saya akan merangkak di dalam rumah kerana tiada tenaga untuk berjalan," katanya.
Akhirnya dia nekad untuk menurunkan berat badannya pada Februari 2013. Lima tahun kemudian dia berjaya kembali ke bentuk badan asalnya iaitu saiz 10 selepas menjalani gaya hidup sihat.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.