Pertalian persaudaraan dan kasih sayang amatlah penting sesama manusia apatah lagi dalam Islam ia amat menitikberatkan tentang hal ini.
Ya, mungkin ada masa yang kita tak bersefahaman dengan sahabat dan rakan sebaya mahupun saudara mara sehingga tidak bertegur dan memutuskan hubungan sekaligus.
Tapi terdapat sebuah hadis sahih yang menceritakan hukuman bagi orang yang bertengkar atau tidak bertegur dalam tempoh masa yang lama.
Daripada Abi Khirash al-Sulami bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ هَجَرَ أَخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak bertegur saudaranya selama setahun sama seperti dia telah menumpahkan darahnya.”
[Riwayat Abu Daud (4915)]
[Syeikh Syu’aib al-Arna’outh telah menilai sanad hadith ini sebagai sahih]
Tambahan pula saudara yang dimaksudkan adalah saudara yang seagama dengan kita. Ada juga hadis yang menyatakan bahawa hukum bertengkar sesama saudara Islam ini adalah haram sekiranya tanapa sebab yang syar’ie.
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.”
[Riwayat Muslim (2560)]
Walaupun ada salah fahaman, pertengkaran, toleransi dan komunikasi yang baik dapat menyembuhkan hati yang luka. Jika ada silap, tegur dengan baik dan jika ada yang kurangkan kita betulkan mereka dengan cara mereka boleh terima.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.