Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Perak Menyarankan Tiga Kaedah Utama Bayaran Zakat Fitrah Dan Zakat Harta Sepanjang Tempoh PKP

Secara lazimnya, sebelum ini pembayaran zakat fitrah dibuat melalui amil fitrah yang berada di masjid, surau atau pusat membeli-belah.
Editor
16 Apr 2020, 05:20 PM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyarankan tiga kaedah utama bayaran zakat fitrah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perak iaitu bayaran menerusi saluran atas talian (online), bayaran melalui amil (kaedah manual) dan bayaran terus melalui Tabung Khas Fitrah.

perak menyarankan tiga kaedah utama bayaran zakat fitrah dan zakat harta sepanjang tempoh pkp

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, MAIPk menyediakan kemudahan bayaran secara online dengan beberapa pilihan dan platform seperti QR Code Maybank, aplikasi Snap N Pay, Financial Process eXchange (FPX) melalui Portal MAIPk.

"Tatacara kutipan zakat fitrah oleh amil pula dengan kaunter drive-thru, ia akan diwujudkan di masjid-masjid utama daerah dan juga masjid yang berada di tepi jalan besar,” katanya.

Waktu beroperasi adalah terhad antara jam 9 pagi hingga 12 tengahari pada hari Selasa dan Rabu serta Sabtu dan Ahad.

Tiada proses bersalaman dibenarkan dan penjarakan sosial juga akan dikawal ketika melaksanakan pembayaran zakat.

Hanya dua keadaan yang membolehkan kaedah pembayaran secara langsung terus kepada amil iaitu sekiranya warga tua yang uzur dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan kemudahan atas talian.

Dan juga masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan alat komunikasi dan akses internet yang baik.

perak menyarankan tiga kaedah utama bayaran zakat fitrah dan zakat harta sepanjang tempoh pkp

Kaedah pembayaran melalui Tabung Khas Fitrah pula, ia akan diwujudkan di masjid, hospital dan pejabat polis terpilih bagi memudahkan masyarakat dan petugas barisan hadapan menunaikan zakat fitrah.

Pembayar hanya perlu memasukkan jumlah fitrah, maklumat pembayar dan nombor telefon ke dalam sampul, seterusnya memasukkannya ke dalam tabung berkenaan. Kupon Fitrah akan diberi kepada pembayar setelah tamat tempoh PKP.

Sementara itu, kadar zakat fitrah di negeri itu masih kekal dengan kadar pilihan RM7, RM14 dan RM21.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}