Mufaraqah daripada segi bahasa bermaksud berpisah atau meninggalkan. Mufaraqah dalam solat jemaah ialah tindakan makmum yang berpisah daripada imam.
Tindakan mufaraqah atau berpisah dari imam boleh dibahagikan kepada lima hukum antaranya:
Wajib – Apabila melihat imam melakukan perkara yang membatalkan solat.
Sunat – Apabila melihat imam tertinggal perkara sunat dalam solat seperti qunut dan tasyahud awal.
Harus – Apabila imam terlalu memanjangkan bacaan.
Makruh – Makruh berpisah daripada imam tanpa ada keuzuran kerana meninggalkan fadilat (kelebihan) solat jemaah yang lebih banyak.
Haram – Haram berpisah daripada imam jika perbuatan tersebut menyebabkan syiar Islam tidak menyerlah contohnya dalam solat Jumaat.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.