Bibir merah bagai buah delima semestinya idaman semua orang terutama sekali kaum wanita. Keadaan kulit bibir yang tidak sihat atau kering akan mengubah warna gincu.
Bibir adalah kulit yang paling nipis, sensitif dan perubahan warna pada anggota badan itu boleh terjadi akibat pelbagai faktor termasuk kekurangan melanin, gaya hidup serta cara penjagaannya.
Faham kalau nak beli lip masker, ada yang mahal. Akan fikir berkali-kali kalau nak beli. Tapi usah risau, anda boleh amalkan petua ini. Dan lihatlah hasilnya nanti. Tapi ia bergantung juga kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.
via GIPHY
Bahan-bahan:
Satu sudu serbuk kunyit
Satu sudu susu
½ sudu jus lemon
Satu sudu air mawar
*Jika anda mahu boleh tambah sedikit madu bagi melembapkan bibir, tapi tak nak pun tidak mengapa*
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.
1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.
2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.
3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.
4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.
Selepas ini tiada lagi masalah bibir hitam, lebam dan pucat. Boleh dijadikan regim kecantikan pada waktu hujung minggu jika anda seorang yang sibuk. Namun jika ada kelapangan boleh juga dilakukan dua hari sekali ataupun pada waktu malam bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Sumber: Hijabista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.