Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif yang besar untuk memudahkan penuntut universiti menunaikan solat dengan mengubah suai bas untuk dijadikan surau bergerak atau lebih sesuai dipanggil sebagai ‘Musolla On Wheels’.
Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Roslina Abdullah, berkata, idea mewujudkan surau bergerak itu tercetus selepas melihat penuntut bersesak-sesak di surau pada waktu puncak, terutama sekali pada waktu Zohor.
Roslina juga berkata bahawa bas tersebut telah diubah suai dengan ruang solat yang mampu memuatkan antara 15 hingga 17 jemaah pada satu masa dan dibuka dari jam 12.30 tengah hari sehingga 6 petang.
Surau bergerak itu mempunyai ciri-ciri moden yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tangka air, paip wuduk, penghawa dingin, selipar dan sejadah.
Bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan, Wan Ahmad Shazwan Wan Rozak, 21, surau bergerak itu satu kemudahan terbaik kepada penuntut yang berdepan dengan kekangan tempat solat terutama ketika menghadiri kelas.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.