Beberapa hari ini, tular di semua platform media sosial mengenai kisah pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis yang mengharungi kehidupan yang penuh dugaan sehingga terpakda menjual buku puisinya untuk menyara kehidupan.
Ayat-ayat ibunya, Norashikin Mohamad Aziz soal ujian kehidupan menjadi ayat-ayat inspirasi netizen.
“Ujian itu indah, bila diuji dengan kesakitan, kita mencari penawar. Bila diuji dengan penghianatan, kita berhati-hati. Bila diuji dengan kehilangan, kita menghargai masa.”
Jangan menyangka bahawa kehidupan kita mewah dan diri ini cukup beriman, kita lut daripada ujian Illahi. Ujian Allah datang dengan pelbagai cara tetapi ketahuilah bahwa setiap ujian Tuhan itu memberi kekuatan kepada diri kita.
Percaya bahawa ujian itu hadir dalam hidup ini ada hikmahnya tersendiri. Dan seperti disebut oleh Norashikin, ujian itu indah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.