Apa pun situasi dan bentuk kebaikan yang dilakukan, balasan paling tepat seharusnya diberikan kepada mereka sekurang-kurangnya ialah ucapan ‘terima kasih’ atau lebih baik lagi kita berazam untuk membalas kebaikan tersebut semula.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.”
(HR. Abu Daud: No 4177) – Status Hadis Sahih di dalam kitab Silsilat Al Ahadis Ash Shahihah, 1/702)
Hadis di atas secara jelasnya menyuruh kita bersyukur kepada manusia, kerana ianya tanda kita juga bersyukur kepada Allah. Orang yang tidak berterima kasih atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.