Sadio Mane, 26, yang bermain diposisi penyerang Liverpool, menjaringkan gol pembukaan pasukan seawal minit ke-10 ketika menentang Leicester City pada 1 September lalu.
Sejurus selepas tamat perlawanan, Mane ke Masjid Al-Rahma di Jalan Mulgrave di Liverpool, dan mencuci beberapa tandas bersama beberapa individu lain.
“Saya bertemu seorang warga Ghana yang menjadi kawan baik di masjid dan mempelawa dia untuk minum bersama. Dia menolak dengan alasan mahu mencuci tandas masjid.
“Saya beritahu dia, saya mahu membantunya,” katanya yang menyedari ada individu lain merakam aksinya mencuci tandas di situ.
Walaupun Mane meminta agar tidak mendedahkan video berkenaan, video Mane ini menjadi tular di Internet beberapa hari selepas itu.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.