
Penularan wabak koronavirus amat dibimbangi. Oleh itu, virus ini telah disytiharkan sebagai situasi kecemasan antarabangsa.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan penyisytiharan dibuat atas dasar wabak koronavirus semakin menular di negara-negara lain.

Kebimbangan WHO adalah wabak ini akan menular ke negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.
“Kita perlu bertindak sekarang untuk membantu negara-negara mempersiapkan segala kemungkinan itu.”
Setakat ini, koronavirus telah meragut nyawa 213 pesakit dan merebak ke 19 buah negara lain.

Jerman, Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat telah mengenal pasti kes jangkitan koronavirus antara manusia ke manusia di negara masing-masing.
Malaysia telah melaporkan 8 kes koronavirus setakat ini.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.