Niat ingin memberikan nasihat kepada anak-anak apabila mereka melakukan kesilapan tetapi sering kali akan bertukar menjadi bebelan. Dan anak-anak pula tidak mengambil nasihat tersebut dengan serius.
Nasihat haruslah sampai ke hati terlebih dahulu barulah anak-anak dapat memproses dan berfikir akan telah diungkapkan oleh ibu bapa.
Ada waktunya anak-anak tidak bersedia untuk menerima nasihat, jadi bila waktu yang paling sesuai?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan beberapa waktu yang sesuai untuk menasihati anak dengan baik supaya mereka menjadi seorang insan yang baik dan juga berguna di mata masyarakat.
- Waktu makan
Dalam satu hari itu mestilah sekurang-kurangnya ada satu masa seisi kelurga akan berkumpul di meja makan untuk menikmati juadah yang disediakan bersama-sama. Inilah waktu yang sesuai untuk ber-bonding bersama keluarga dan juga saat bercerita itu boleh lah selitkan sikit demi sedikit nasihat kepada anak-anak.
Ketika waktu santai inilah anak-anak lebih senang menerima nasihat ibu bapa.
- Waktu dalam perjalanan
Sebenarnya nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah untuk anak-anak hadam. Terutama sekali anak-anak kecil. Mereka akan lebih memahami apabila ibu bapa nasihat straight to the point. Jadi mungkin dalam perjalanan ke sekolah, boleh nasihat anak-anak dengan cara yang baik, ringkas dan padat.
Terutama sekali jika ingin ke majlis, nasihat anak-anak semasa anda sedang berada dalam perjalanan dan nasihati mereka untuk berjaga adab adan apa yang patut dan tidak patut dilakukan di majlis tersebut.
- Waktu bermain bersama
Ini sememangnya biasa, terutama sekali jika anak-anak kecil yang berkongsi permainan. Pada waktu ini boleh lah anda selitkan kenapa perlu berkongsi, dan adab ketika bermain.
Pada waktu inianak-anak akan lebih memahami dan nasihat akan lebih tersemat dihati oleh kerana mereka sedang berseronok.
- Waktu anak sakiti
Sakit dapat melunakkan hati orang dewasa apatah lagi kanak-kanak kecil yang hati masih lembut dan mudah menerima terguran.
Apabila anak-anak sedang sakit, waktu inilah mereka akan memerlukan ibu bapa ataupun erti kata lain mereka akan sangat clingy.
Jadi inilah peluang untuk anda menasihati anak-anak dengan lembut kenapa mereka boleh demam dan nasihat apa yang tidak perlu dilakukan supaya tak demam sudah.
Jadi pilih lah waktu dan cara yang sesuai untuk menasihati anak-anak supaya apabila mereka sudah meningkat dewasa, mereka boleh terima nasihat daripada orang lain tidak kira sahabat, guru, mahupun orang yang lebih tua daripada mereka.
Didikan awal ini akan membentuk insan yang baik dan berguna dalam masyarakat.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.