Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Walaupun Allah Kurniakan Saya Dengan Kekurangan Tetapi Disebalik Kekurangan Tu Ada Kelebihan”- Farrah

Masha Allah, hebatnya wanita ini
Editor
04 Feb 2021, 05:43 PM

 “walaupun allah kurniakan saya dengan kekurangan tetapi disebalik kekurangan tu ada kelebihan”- farrah

Tidak semua manusia dilahirkan sempurna. Namun, sering kali kekurangkan yang diberikan oleh Allah SWT itu disulamkan dengan kelebihan yang tidak tercapai dek akal fikiran manusia biasa.

Itu lah yang dibuktikan oleh Norfarrah Syahirah Shaari yang berusia 32 tahun dan kini menetap di Bagan Datuk, Perak.

Beliau yang mesra disapa Farrah telah dilahirkan tanpa tangan semenjak dari lahir. Bagaimanapun, itu bukan lah asbab untuk dirinya tidak menjadi berjaya.

“Alhamdulillah, saya dapat buktikan dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.” Ceritanya kerika ditemubual oleh duo Salam Bros pagi tadi.

Kisahnya menjadi perhatian apabila dalam serba kekurangan itu, Farrah tetap menyumbang bakti kepada negara dengan menjahit PPE. Bukan itu sahaja, kisah Farrah memandu kereta dengan kaki juga telah menarik perhatian dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

Farrah juga turut bercerita bahawa ketika di usia remaja, baru lah dia merasa kekurangan dan ada perasaan malu untuk berdepan dengan masyarakat. Bagaimanapun, sokongan daripada ahli keluarga membuatnya mangharungi dugaan itu dengan penuh tabah dan sabar.

“Walaupun Allah kunirniakan saya dengan kekurangan tetapi disebalik kekurangan itu ada kelebihan”- Itu lah yang diungkapkan oleh Farrah ketika diajukan perihal kekurangannya.

Kisah Farrah sememangnya memberi inspirasi dan semangat kepada kita untuk terus menjadi manusia dan hamba yang berguna. Sama-sama kita doakan kejayaan dan kesejahteraan kepada Farrah.

Anda boleh mendengar wawancara penuh Salam Bros bersama Farrah di aplikasi SYOK sekarang!

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}