Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

[Video] Abang Sebak Terima Basikal, Hadiah dari Bapa - “Terima Kasih Mengalah Demi Adik-Adik…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Dec 2025, 12:24 PM

[video] abang sebak terima basikal, hadiah dari bapa - “terima kasih mengalah demi adik-adik…”Foto: Tangkap layar TikTok

Satu video yang dikongsi di TikTok oleh seorang ibu menjadi tumpuan ramai apabila memaparkan reaksi seorang kanak-kanak lelaki yang terharu sehingga berlinang air mata selepas menerima hadiah basikal daripada bapanya.

Hadiah itu diberikan sebagai penghargaan atas kesanggupan si abang mengalah demi adik-adiknya. Rakaman tersebut mencuri perhatian netizen dan menjadi salah satu video yang paling menyentuh hati di media sosial.

Dalam kapsyen, si ibu menjelaskan niat di sebalik pemberian hadiah itu, dengan menegaskan bahawa mereka tidak mahu si abang merasa ibu bapa tidak adil, memandangkan dia kerap mengalah demi adik-adiknya.

 

@azizahnasrun

smga abg happy ya dgn hadiah ni..terima ksih sbb byk mgalah dmi adik² ..mama xnk abg rasa mama papa xadil mungkin baru ni ade rzki lbh baru papa dpt belikn abg basikal♥️

♬ original sound - Nurazizah Nasrun

 

Teks pada video bertulis,

            ⁠“Semoga abang gembira dengan hadiah ini. Terima kasih sebab banyak mengalah demi adik-adik. Mama tak nak abang rasa mama dan papa tak adil. Baru kali ini ada rezeki lebih untuk papa belikan basikal untuk abang.”

Rakaman itu menunjukkan si kanak-kanak pada mulanya terkejut apabila melihat basikal yang tersimpan di dalam rumah, selepas dimarahi kerana pulang lewat. Selepas menyedari hadiah tersebut, dia memeluk bapanya sambil berlinang air mata kerana terharu dengan kejutan yang diterima.

Video ini turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang melihat hadiah itu bukan sekadar barangan, tetapi simbol kasih sayang, pengorbanan, dan penghargaan dalam keluarga.

Seorang pengguna menulis bahawa tiada hadiah lebih bermakna selain pelukan antara ayah dan anak, manakala seorang lagi berkata video tersebut membuatkannya menangis walaupun menontonnya beberapa kali.

Kisah ini sekali lagi mengingatkan bahawa hadiah paling berharga bukanlah nilainya, tetapi apa yang ia wakili adalah kasih sayang, pengorbanan dan pengakuan terhadap usaha seorang ahli keluarga.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us