Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kapal Terbang Terhempas?? Gerun Weh! Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Air Force The Movie: Selagi Bernyawa!

Papar aksi PASKAU, tayang aset pesawat negara dan banyak lagi sebab mengapa anda semua wajib tonton Air Force The Movie: Selagi Bernyawa!
Hanafis Haris
30 Aug 2022, 06:49 PM

Artikel ini ditaja oleh GSC MOVIES

Filem malaysia paling epik Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Kredit: GCS MOVIES

Sana sini orang bercakap mengenai filem aksi ketenteran Malaysia Air Force The Movie: Selagi Bernyawa!

Ye lah, dah lama rasanya kita tak tonton filem yang betul-betul mengangkat genre ketenteraan ini, apatah lagi kali ni ia membabitkan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Bukan senang tau kita nak lihat PASKAU dalam filem perang Malaysia. Jadi macam rugi pula kalau tak tonton karya epik sebegini kan!

Tambahan pula filem ini diarahkan oleh pengarah hebat Zulkarnain Azhar dan Frank See. Antara karya hebat mereka termasuklah J Revolusi dan PASKAL: The Movie (Frank See sebagai penulis skrip).

Hebat kan? Tapi, sebelum nak tonton, anda pasti tertanya-tanya apa yang bagus dan hebatnya tentang Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ni?

Ini FAKTA Menarik Air Force The Movie: Selagi Bernyawa!

#1 Banyak Aset Tentera Udara, Wajib Tengok!

Filem Malaysia Air Force The Movie Selagi Bernyawa papar aset ketenteraan

Kredit: GCS MOVIES

Rugi sebenarnya kalau belum tonton Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ni sebab ada banyak aset ketenteraan TUDM yang bakal buat kemunculan khas dalam filem aksi ini.

Bukan senang yer nak tengok betul-betul aset negara ni. Selalunya dalam acara-acara rasmi je.

Jadi, dalam Air Force The Movie: Selagi Bernyawa korang berpeluanglah nak tengok sejauh mana kehebatan aset-aset ini beraksi di udara!

Antara yang anda bakal lihat nanti termasuklah pesawat Sukhoi Su-30 MKM, F/A-18 Hornet, A400M, C130 Hercules dan helikopter EC-725 AP.

Amacam? Hebat kan? Jadi apa tunggu lagi, kena lah ‘serang’ pawagam ramai-ramai!

#2 Papar Cabaran PASKAU! Pertama Dalam Sejarah Malaysia 🔥! 

Filem Malaysia Air Force The Movie Selagi Bernyawa papar aksi PASKAU

Kredit: GCS MOVIES

Bukan biasa-biasa filem ni sebab buat pertama kalinya PASKAU diangkat dalam sebuah filem aksi ketenteraan.

Jarang tau nak lihat aksi PASKAU atau Pasukan Khas Udara ni dalam sebuah karya di Malaysia. Catat sejarah betul!

Kalau nak tahu, PASKAU ni merupakan salah satu pasukan elit yang terbaik di Malaysia di bawah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kalau nak tahu macam mana PASKAU beraksi dalam filem ni, kenalah tonton!

#3 Dibintangi Pelakon A-List! Semua Hebat-Hebat!

Air Force The Movie Selagi Bernyawa menampilkan Datuk Adi Putra dan Aiman Hakim

Kredit: GCS MOVIES

Menariknya lagi tentang Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, pelakon yang membintangi filem ini kesemuanya hebat-hebat dan bertaraf A-list!

Jangan tak tahu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Perghhh! Bayangkan kesemua mereka digabungkan dalam satu filem aksi ketenteraan.

Pssst.. Mesti ramai nak tengok macam mana lah karakter utama macam Datuk Adi Putra dan Aiman Hakim membawa watak anggota PASKAU kan!

#4 Padat Dengan Aksi Mendebarkan! Pertarungan Di Namburi!

Pergolakan Namburi dalam filem Malaysia Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Kredit: GCS MOVIES

Untuk pengetahuan anda, filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad Pasukan Khasnya yang telah terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi.

Namburi ni sebuah negara yang sedang dalam pergolakan tau!

Jadi, dalam penerbangan semasa perjalanan pulang ke Malaysia tu, pesawat mereka secara tiba-tiba ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas di negara tersebut. 😲

Disebabkan itu, pihak TUDM telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka semua. 

Jadi macam mana anggota ni nak selamatkan diri? Haa masa inilah adrenalina anda semua akan mencanak naik!

Serius, filem ni memang sarat dengan babak mendebarkan, anda mesti tak senang duduklah nanti! Tengok sedutan babak di bawah ni pun dah gerun ya!

#5 Penuh Emosi! Papar Perjuangan Wira-Wira 

Filem aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa penuh emosi

Kredit: GCS MOVIES

Hingga ke titisan darah yang terakhir! Pergh dengar pun dah meremang kan!

Selain padat dengan aksi yang bakal buat anda tak senang duduk, filem ni juga banyak bermain dengan emosi!

Ye lah, kalau dah keluarga sendiri terkandas dalam negara bergolak, siapa yang tak risau kan? Itu belum konflik dalaman antara mereka lagi, macam-macam pergolakan emosi weh!

Apapun, siap sedia je lah dengan tisu sebab filem ni akan ‘menjentik’ emosi korang!

So dah ready nak tonton Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Tapi sebelum tu, anda cuba dengar lagu tema Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, 🔥 mesti tak sabar tonton filem epik ketenteraan Malaysia ni

Meremang! Terus membuak-buak semangat Malaysia!

Apa Tunggu Lagi? Jom ‘Gegarkan’ Pawagam Layan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 

Filem Malaysia Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini di pawagam

Kredit: GCS MOVIES

Rugi sebenarnya kalau anda belum layan filem penuh aksi hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang telah pun ‘memecah’ panggung di 170 lokasi di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 25 Ogos lalu.

Bayangkan baru sahaja ditayangkan selama 4 hari di Malaysia, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan RM6 juta.

Jadi jom pakat ramai-ramai tonton filem aksi ketenteraan Malaysia paling epik tahun ini di Golden Screen Cinemas dan pawagam berhampiran!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}