Penyanyi Aishah sedia menitipkan pesanan kepada anak-anaknya supaya gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disebarkan lagi kepada umum selepas dirinya meninggal dunia.
Menurut kata Aishah, perkara itu sudah dipesan kepada anak lelakinya sebagai satu pesanan buatnya kepada umum selepas pemergiannya kelak.
“I juga banyak tinggalkan pesanan pada mereka utk bagaimana mereka nak survive bila I tak ada lagi.
“Hari ni berbuka puasa ditemani Armand (anak) pula. Terkeluar cerita mengenai pemergian bintang Big Stage Allahyarhamah Sandra. Pastinya ia sesuatu yang meruntun hati buat ibu dan keluarga yang berdepan dengan komen-komen negatif. Allahuakbar semoga mereka diberikan ketabahan.
"Dihujung perbualan itu saya berpesan pada Armand untuk ingatkan media dan peminat,'bila mum dah tak ada, jangan keluarkan lagi imej-imej tidak bertudung mum untuk tatapan ramai'," katanya.
Aishah kongsikan pesanan ini di akaun Instagram bukan sahaja untuk anak-anak tapi untuk tatapan umum.
Bukan itu sahaja, Aishah juga pesan bahawa dia tidak mahu sebarang tribute nyanyian untuk mengenang perlibatannya dalam dunia seni selepas pemergiannya nanti.
"Dan mohon peminat doakan banyak-banyak tanpa perlu sebarang nyanyian-nyanyian mengingatkan mum. Cukup dengan doa.
"Semoga perbualan ini akan menjadi kenangan indah dan pedoman untuk anak-anak satu ketika bila kita tiada lagi," katanya.
Aishah mempunyai dua orang cahaya mata, Armand Azhari, 27, dan Azhad Ahlami, 21, menerusi dua perkahwinan pertamanya.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.