Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Biarpun Tanpa Penonton Tahun Ini, Aksi Debar STL Tetap Janjikan Kemeriahan Saingan!

Aksi mendebarkan Sepak Takraw League 2020 telahpun kembali!
Editor
22 Sep 2020, 11:53 AM

Aksi mendebarkan Sepak Takraw League 2020 telahpun kembali! Biarpun tanpa sorakan dan tepukan gemuruh penonton susulan penularan wabak Covid-19. Namun, STL tetap menjanjikan kemeriahan saingan yang dinantikan peminat yang boleh menyaksikannya di Astro Arena 802HD dan platfom digital.

Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menjadi medan baru pertarungan bermula dengan persaingan STL Divisyen 1 pada 8 September lalu dan STL Premier League pada 18 September. Sementara itu, STL Champions Cup pula bakal diadakan di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru selama 10 hari bermula 23 November nanti.

biarpun tanpa penonton tahun ini, aksi debar stl tetap janjikan kemeriahan saingan!

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Marican Naina Merican berkata, STL kini menjadi antara acara sukan yang sentiasa dinanti-nantikan peminat setiap musim. Kehangatan STL bukan hanya mula menggamit perhatian peminat sukan tempatan malah peminat dari luar negara.

“Kerjasama strategik Astro bersama PSM sejak tujuh tahun lalu telah berjaya membawa kebangkitan semula sepaktakraw di kalangan anak muda tempatan. Penyiaran secara langsung STL memberi nafas baru kepada sukan ini ditambah dengan corak permainan yang hebat telah menarik minat peminat dari luar negara menonton sepaktakraw dan trending di media sosial.

“Dengan adanya liga kompetitif seperti ini membuka peluang terbaik buat pemain muda tempatan membuktikan kemampuan dan melahirkan lebih ramai jaguh yang mencapai standard pemain kebangsaaan,”katanya.

biarpun tanpa penonton tahun ini, aksi debar stl tetap janjikan kemeriahan saingan!

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail berkata, tanpa kehadiran penonton saingan tetap mendebarkan dengan perancangan hebat setiap pasukan dengan melakukan rombakan besar-besaran pemain dari 10 pasukan premier yang akan bertanding.

“Saya percaya setiap pasukan ada perancangan sendiri dimana musim ini tiada kelibat pemain import seperti tahun lalu. Inilah masa untuk mereka membuktikan kemampuan jika ingin mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan.”

“Selain itu, kehadiran semula tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi yang akan bersama pasukan KL Thunder pasti menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan oleh peminat takraw tempatan,” ujarnya.

biarpun tanpa penonton tahun ini, aksi debar stl tetap janjikan kemeriahan saingan!

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay pula berkata, semua peminat boleh menyaksikan STL dirumah bersama keluarga di Astro Arena 802HD dan platform digital Astro Go, Stadium Astro dan Arena YouTube.

“Kita ingin membawa STL menjelajah seperti musim lalu dan menjemput pasukan jemputan dari negara serantau untuk STL Champions Cup nanti, namun kita terpaksa akur dengan penularan pandemik yang melanda ketika ini. Saya berharap semua pemain menunjukan disiplin diri yang tinggi dan mengikut SOP di gelanggang mahupun diluar gelanggang,” katanya.

STL juga meneruskan jalinan kerjasama bersama Sinar Harian sebagai Media Cetak Rasmi untuk tahun kedua sementara Zayan FM dan Gegar FM sebagai Radio Rasmi STL 2020. Aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu SYOK pula kekal sebagai Rakan Siaran Kandungan STL 2020.

biarpun tanpa penonton tahun ini, aksi debar stl tetap janjikan kemeriahan saingan!

STL 2020 merangkumi saingan STL Premier, STL Divisyen Satu dan STL Champions Cup – sebanyak 10 pasukan akan berentap masing-masing dalam saingan STL Premier dan lapan pasukan di  STL Divisyen 1, manakala STL Champions Cup menghimpunkan enam pasukan teratas dari Premier dan dua pasukan teratas dari Divisyen 1, Bomba Figheter yang menjadi juara dan Putajaya Cyborg di tempat kedua.

Jadi kepada peminat sepak takraw, pastikan anda menyaksikan STL 2020 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 5.00 petang serta PM bersama AM setiap Rabu jam 10.30mlm di Astro Arena.802HD/801 dan platform digital Arena.

biarpun tanpa penonton tahun ini, aksi debar stl tetap janjikan kemeriahan saingan!


 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}