Sambutan Aidilfitri penuh norma baharu pada tahun ini, 1 Syawal 1442H pada 13 Mei 2021M bagi umat Islam di Malaysia.
Pelbagai amalan yang disunatkan pada pagi hari Raya Aidilfitri sempena menyambut hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.
Jom laksanakan 10 amalan ini, antaranya ialah;
1. Menghidup malam
Beribadah dan berdoa
2. Mandi sunat
Bermula dari pertengahan malam dan sunat dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.
3. Mengemaskan diri
Mencukur bulu-bulu, mengetip kuku dan merapikan janggut.
4. Memperbanyakkan takbir
Bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat Hari Raya.
5. Memakai pakaian yang terbaik
Tidak semestinya pakaian baharu.
6. Berwangi-wangian dan berhias
Sama ada hendak ke masjid atau tidak, sama ada bersolat atau tidak, dewasa atau kanak-kanak.
7. Bersarapan
Sebelum menunaikan Solat Hari Raya.
8. Menunaikan solat hari raya
Sama ada di masjid atau di rumah.
9. Pergi & pulang masjid dengan jalan berbeza
Sekiranya dibenarkan ke masjid atau surau.
10. Mengucapkan tahniah
Ucapan tahniah dan selamat hari raya sesama Muslim.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.