Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Pernah Terfikir Buka Tudung, Tapi Allah ‘Tegur’...” – Amyra Rosli Kongsi Ujian Istiqamah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Jul 2025, 11:01 AM

“pernah terfikir buka tudung, tapi allah ‘tegur’...” – amyra rosli kongsi ujian istiqamahFoto: Instagram

Pelakon terkenal, Amyra Rosli, mengakui bahawa cabaran terbesar bagi wanita Muslim yang memilih untuk bertudung adalah untuk mengekalkan istiqamah dalam penampilan dan pendirian mereka, termasuk dirinya sendiri.

Amyra, atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli yang kini berusia 34 tahun, mendedahkan bahawa beliau pernah melalui saat-saat getir yang menyebabkan dirinya hampir membuat keputusan untuk membuka tudung. Namun, beliau bersyukur kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga, terutamanya suami yang sentiasa membantunya agar kekal teguh dengan pendirian tersebut.

“Daripada seorang yang tidak bertudung kepada mengenakan tudung sepenuhnya, ia bukan satu perubahan yang mudah. Saya mengambil masa sekitar enam bulan untuk membiasakan diri. Dalam tempoh itu, pelbagai perkara bermain di fikiran dan saya pernah juga terfikir untuk membuka tudung,” katanya ketika ditemui pihak media di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Beliau turut berkongsi bahawa selain daripada bisikan hati sendiri, terdapat juga pengaruh luar yang cuba menggoyahkan pendiriannya. Beberapa kenalan pernah memberi amaran bahawa tindakan menanggalkan tudung berkemungkinan besar akan mencetuskan kontroversi di mata masyarakat.

Namun begitu, kesedaran dalam diri tentang tanggungjawab sebagai seorang Muslimah, serta perhitungan terhadap dosa dan pahala, menjadi antara faktor utama yang mendorong beliau untuk kekal berhijab hingga ke hari ini.

“Mengenakan tudung adalah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk setiap wanita Muslim. Sebagai hamba-Nya, kita perlu memaksa diri untuk melaksanakan apa yang telah diwajibkan, meskipun kadang-kala sukar. Dengan peningkatan usia dan kematangan, saya mula memahami bahawa istiqamah itu memerlukan usaha yang berterusan,” jelasnya.

Amyra turut menasihati wanita agar tidak mencari alasan untuk menangguhkan perubahan ke arah kebaikan atau menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri, kerana ajal tidak mengenal waktu dan kita sendiri tidak tahu bila akan dijemput Ilahi.

Dalam usaha mengekalkan istiqamah, beliau berkongsi bahawa menghadiri kelas-kelas agama serta sesi usrah banyak membantunya dalam memperkukuh ilmu dan keimanan. Malah, beliau memaksa diri untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut walaupun pada mulanya merasa berat.

“Dengan menyertai kelas agama, saya dapat memperdalam ilmu serta lebih memahami peranan saya sebagai seorang insan. Saya juga banyak berbincang dengan ahli keluarga mengenai tanggungjawab di dunia ini. Semua itu sedikit demi sedikit memberi kekuatan kepada saya untuk kekal istiqamah dan mengenali diri dengan lebih baik,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Amyra turut menyentuh soal rezeki yang sering menjadi kebimbangan dalam kalangan wanita, terutamanya dalam industri hiburan. Beliau berpesan agar wanita Muslimah tidak perlu risau tentang soal rezeki jika mereka memilih untuk berhijrah dan berhijab, sebaliknya perlu meyakini bahawa Allah SWT sentiasa mengaturkan yang terbaik.

“Dahulu, sebelum saya memakai tudung, rezeki itu memang ada, tetapi saya sendiri tidak tahu ke mana perginya. Namun setelah berhijrah dan istiqamah, saya mula melihat hasilnya. Banyak rezeki yang datang tanpa diduga dan mungkin ia lebih berkat,” katanya.

Terdahulu, pelakon Kilafairy juga pernah berkongsi dalam satu hantaran di Threads bahawa beliau sedang berperang dengan perasaan untuk membuka tudung, dan mengakui baru kini memahami betapa sukarnya untuk terus kekal istiqamah.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us