
Foto: Tribunnews
Seorang penternak kambing dari Temanggung, Jawa Tengah terkejut apabila mendapati seekor anak kambing miliknya mempunyai corak pada badan yang menyerupai kalimah Allah, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan bulu berwarna putih pada badan anak kambing itu membentuk tulisan menyerupai kalimah suci tersebut.
Pemilik haiwan berkenaan, Imam Samudra, memaklumkan bahawa kambing itu baru sahaja dibelinya daripada seorang penternak lain pada hari Khamis yang lalu.
“Saya sudah menternak kambing sejak tahun 1975, namun ini kali pertama saya menyaksikan kejadian seumpama ini,” ujarnya.
Berita tentang kewujudan kambing tersebut pantas menarik perhatian ramai sehingga ada yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk memilikinya. Imam berkata, tawaran harga diterima bermula daripada 15 juta rupiah (RM3,895) sehingga 20 juta rupiah (RM5,194).
Malah, ada juga penduduk dari Karangwuni, Jawa Tengah yang sanggup membayar antara 25 juta rupiah (RM6,492) hingga 35 juta rupiah (RM9,089) bagi membeli kambing berkenaan.
Namun begitu, Imam menyatakan bahawa dia masih sayang kepada haiwan tersebut dan belum bersedia untuk menjualnya.
Sumber: Tribunnews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.