Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Penderitaan Anjing Terperangkap Dalam Balang Plastik Selama 19 Hari Berakhir

IDRUS, Husna Najwa
30 Apr 2025, 04:05 PM

penderitaan anjing terperangkap dalam balang plastik selama 19 hari berakhir

Foto: Tiktok (@hasnahalinon) 

Selepas 19 hari melalui detik sukar kerana kepalanya tersangkut dalam balang plastik, seekor anjing akhirnya berjaya diselamatkan oleh sekumpulan penduduk prihatin di Kampung Bakam, Miri. Kisah yang cukup menyentuh hati ini bukan saja tular di media sosial, malah mendapat pujian ramai kerana semangat kerjasama dan kasih saying yang ditunjukkan. 

Segalanya bermula apabila seekor anjing liar dilihat berkeliaran dalam keadaan lemah, dengan balang plastik melekat di kepalanya. Keadaan itu menyukarkannya untuk makan, minum, malah bernafas dengan baik. Keprihatinan sekumpulan penduduk bersama satu pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai 'Blue Team Warung Tompok' mencetuskan usaha menyelamatkan anjing tersebut, yang kemudiannya diberi nama manja, Si Botol. 

Apa yang lebih mengagumkan, mereka sanggup melancarkan misi khas diberi nama Ops Botol 2025, yang berlangsung selama enam hari penuh cabaran sebelum berjaya mengeluarkan balang dari kepala Si Botol. Salah satu detik penting semasa operasi itu sempat dirakam dan dikongsikan di Facebook Alan Razlan, klip ringkas 14 saat yang memaparkan tiga individu, termasuk seorang wanita, dengan sabar cuba menyelamatkan anjing berkenaan. 

Ramai netizen tersentuh dengan usaha ini. Antaranya, Fong Soot Lean yang mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, memuji kesungguhan mereka yang tidak berputus asa.  

“Selepas enam hari penuh cabaran, akhirnya usaha kalian membuahkan hasil,” tulisnya. 

Seorang lagi pengguna, June Md Isa pula bersyukur melihat Si Botol akhirnya bebas.

“Tahniah Alan, Mr Lai, Ita dan team yang bertungkus lumus menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap kepalanya dalam botol air. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan semua,” katanya. 

Selepas dibebaskan, Si Botol kelihatan keliru dan lemah kerana terlalu lama terperangkap tanpa makanan dan minuman. Namun kini dia telah bebas dan berpeluang untuk kembali pulih perlahan-lahan. 

Sumber: Facebook 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

Ads With Us Ads With Us Ads With Us