Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Baju Cantik Tetapi Beracun? Kenali Musuh Dalam Almari Anda

IDRUS, Husna Najwa
06 Aug 2025, 03:40 PM

baju cantik tetapi beracun? kenali musuh dalam almari anda

Foto Hiasan

Dalam dunia fesyen moden yang pantas dan penuh gaya, ramai antara kita tidak sedar bahawa pilihan fabrik yang kita pakai setiap hari sebenarnya memberi kesan besar bukan sahaja kepada kesihatan kulit, tetapi juga kepada alam sekitar. Jom kita teliti apakah perbezaan ketara antara dua kategori utama fabrik, iaitu Fabrik Semula Jadi dan Fabrik Toksik.

🌿 Fabrik semula jadi mempunyai tekstur yang lembut, selesa dan mesra alam.

Fabrik semula jadi dihasilkan daripada sumber organik seperti tumbuhan dan haiwan. Antara contoh terbaik:

baju cantik tetapi beracun? kenali musuh dalam almari anda

Foto Hiasan

Kulit (Leather) = Tahan lama dan mewah, biasanya digunakan untuk jaket dan kasut berkualiti tinggi.

Sutera (Silk) = Ringan, lembut dan sangat selesa pada kulit.

Kasmir (Cashmere) & Bulu (Wool) = Memberi kehangatan semula jadi tanpa rasa gatal.

Kapas (Cotton) & Linen = Mudah menyerap peluh dan sesuai untuk cuaca panas.

Buluh (Bamboo) & Hemp = Alternatif moden yang lestari dan anti-bakteria secara semula jadi.

 Jadi apa pula kelebihannya? Fabrik tersebut sangat mesra kulit dan tidak menyebabkan alahan, lebih-lebih lagi kepada kulit sensitif. Ia juga bersifat biodegradasi iaitu cepat terurai secara semula jadi. Selain itu, ia tidak melibatkan sebarang bahan kimia berbahaya.

⚠️ Fabrik toksik bersifat ringan, harganya lebih murah tetapi ada bahaya tersembunyi

Fabrik toksik pula dihasilkan daripada bahan kimia atau petroleum, yang menjadikan ia murah dan mudah dihasilkan secara besar-besaran. Antaranya:

baju cantik tetapi beracun? kenali musuh dalam almari anda

Foto Hiasan

Poliester, Nilon, Spandeks & Poliamida = Diperbuat daripada plastik dan sangat sukar diuraikan.

Viscose, Rayon, Acetate & Acrylic = Walaupun kelihatan seperti semula jadi, proses pembuatannya melibatkan pelarut toksik yang boleh mencemarkan air dan udara.

Ini risiko-risiko yang mungkin akan terjadi sekiranya anda memilih fabrik toksik. Ia boleh menyebabkan iritasi atau ruam kulit. Ia juga tidak menyerap peluh dengan baik, dan menyebabkan bau kurang menyenangkan. Selain itu, fabrik toksik turut menyumbang kepada pencemaran mikroplastik dalam air dan lautan, dengan itu ia tidak mesra alam dan mengambil ratusan tahun untuk terurai.

✨ Jadi, Kenapa Pilihan Anda Penting?

Setiap kali anda membeli pakaian, anda bukan hanya memilih gaya yang cantik untuk kelihatan menarik, tetapi anda juga sedang membuat keputusan untuk kesihatan diri dan kelestarian bumi. Dengan memilih fabrik semula jadi, anda:

✅ Menjaga kesihatan kulit

✅ Menyokong industri lestari

✅ Mengurangkan jejak karbon

baju cantik tetapi beracun? kenali musuh dalam almari anda

Foto Hiasan

Fesyen yang baik bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga bijak. Pilihlah fabrik semula jadi yang bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi juga menyelamatkan bumi yang kita cintai. Sekali gus, anda menjadi sebahagian daripada perubahan ke arah dunia yang lebih hijau dan sihat.

Sumber: Earthly Threads

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us