Selepas tujuh bulan susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, Arab Saudi kembali membenarkan jemaah yang berhasrat menunaikan umrah bermua 4 Oktober ini.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri negara itu, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenar menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.
Manakala jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.
Ibadat itu dibenarkan dilaksanakan semula sepenuhnya selepas ancaman COVID-19 pulih sepenuhnya.
Arab Saudi menangguhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan sejak Mac lalu, akibat bimbang penularan COVID-19.
Bagaimanapun, ekonominya terjejas akibat kesan sekatan COVID-19, termasuk tiada sumber pendapatan menerusi ziarah keagamaan.
Arab Saudi berusaha membuka kembali kira-kira 30 juta jemaah haji ke negaranya setiap tahun bermula 2030.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.