Warganet dikejutkan dan meluahkan rasa rindu dengan pendedahan foto Makam Ibrahim yang terletak di Masjidil Haram itu.
Baru-baru ini, foto secara resolusi tinggi ini diambil menggunakan teknik teknologi baharu iaitu ‘stacked panoramic focus’.
Makam Ibrahim merupakan binaan yang mempunyai batu kecil yang terletak 10 ke 11 meter ke timur Kaabah iaitu bahagian menuju ke Safa dan Marwah.
Nabi Ibrahim A.S dikatakan pernah berdiri di atas batu Makam itu semasa baginda mendirikan Kaabah bersama puteranya, Nabi Ismail A.S yang membantu baginda memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya.
Sekali pandang sahaja sudah membuatkan warganet dan seluruh umat Islam sebak serta merindui suasana di Masjidil Haram.
Sumber: Haramain Sharifain
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.