Menjelang musim haji tahun ini, robot-robot pintar akan mengedarkan botol-botol air zamzam di Masjidil Haram sebagai persediaan untuk menerima jemaah haji juga membendung pandemik Covid-19.
Setakat ini, kira-kira 60,000 penduduk sudah menerima suntikan vaksin telah dibenarkan untuk mengerjakan haji pada bulan depan.
Bilangan yang mengerjakan haji itu meningkat berbanding pada tahun lalu tetapi masih jauh berkurangan berbanding pada musim haji sebelum Covid-19 merebak yang mencatatkan kira- kira 2.5 dua juta jemaah haji pada tahun 2019.
Menurut Bader Al-Loqmani, pengurus air zamzam di Masjidil Haram, pihaknya sentiasa bersedia dengan menggunakan teknologi robot ini yang membantu mengedarkan air zamzam tanpa perlu bersentuhan.
“Kira-kira 20 robot yang boleh digunakan untuk membantu pelawat dan jemaah haji semasa musim haji,” kata Bader Al-Loqmani iaitu pengurus air zamzam di Masjidil Haram.
Minggu ini, robot-robot pintar itu akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain ketika ia mengedarkan botol-botol air zamzam itu secara automatik.
Sumber: AFP News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.