Berita gembira buat jemaah haji tahun ini apabila Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk membenarkan ibadah haji pada tahun ini.
Bagi menjamin kesihatan dan keselamatan jemaah, prosedur operasi standard serta peraturan langkah pencegahan yang ketat akan diambil serius kerajaan Arab Saudi .
Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, pihak berkuasa kesihatan negara itu sedang menilai keadaan dan mengambil semua langkah untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.
Perincian mengenai pengurusan musim haji tahun ini akan diumumkan kemudian setelah segala proses telah diambil kira pihak berkuasa sebelum menerima jemaah haji tahun ini.
Pihak berkuasa juga menegaskan hanya menerima jemaah yang sudah divaksinasi sebelum dibenarkan menunaikan ibadah di tanah suci itu.
Kementerian itu juga belum memaklumkan sama ada jemaah asing akan dibenarkan melakukan ibadah haji bagi musim ini.
Tahun lalu, ibadah haji dibenarkan dengan jumlah jemaah yang terhad sebagai sebahagian langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.