Arab Saudi bersedia untuk menerima jemaah haji tahun ini selepas melengkapkan persiapan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengekang penularan COVID-19.
Seramai 60,000 jemaah sahaja dibenarkan tahun ini untuk menunaikan rukun Islam kelima.
Pihak berkuasa memaklumkan lebih setengah juta pemohon diterima dan jemaah disaring mengikut beberapa ketetapan termasuk keadaan kesihatan dan usia mereka.
Tambahnya, ketetapan yang diambil kira ialah individu sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, bebas daripada sebarang penyakit kronik, dan berusia di antara 18 dan 65 tahun.
“Pastinya ibadah haji tahun adalah berbeza dan luar biasa.
“Tiada jemaah boleh masuk ke Tanah Suci kecuali melalui empat pusat penerimaan yang ditetapkan kementerian iaitu al-Zaidy (al-Awali), al-Naseem (al-Hada), al-Sharaei dan al-Nouriya.
“Juga jemaah tidak boleh memasuki kawasan khemah kecuali menggunakan pagar pintar yang telah pihak kementerian (haji dan umrah) tetapkan menggunakan kad pintar,” katanya.
Tahun ini, kad pintar diperkenalkan untuk kegunaan semua jemaah dan petugas bagi tujuan memberikan akses kepada perkhidmatan yang disediakan, kawasan khemah, hotel dan pengangkutan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.