Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerima lebih 500,000 permohonan mengerjakan haji daripada penduduk negara itu sejak pendaftaran dibuka 3 Jun lalu.
Permohonan tersebut dibuka sehingga Rabu depan dan senarai jemaah yang layak akan diumumkan 25 Jun ini.
Berikutan pandemik COVID-19, hanya 60,000 warganegara dan warga asing yang menetap di negara itu dibenarkan untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Syarat wajib bagi menunaikan haji mestilah mereka yang sudah menerima vaksin, bukan golongan berisiko tinggi dan berusia antara 18 hingga 65 tahun.
Kementerian Haji dan Umrah juga mengingatkan penduduk di Arab Saudi supaya tidak terpengaruh dengan tawaran murah di media sosial dan berurusan dengan syarikat haji yang berdaftar sahaja.
Sumber: Mint.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.