Tahun 2020 amat memeritkan terutama sekali kepada umat Islam yang mempunyai niat melakukan ibadat umrah.
Oleh kerana penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia, umat Islam di seluruh dunia tidak dapat melaksanakan ibadat umrah tahun ini.
Sebab itu umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan iklan dan tawaran pakej umrah yang meragukan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkata pihaknya sedang siasat iklan tersebut kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah itu ekoran pandemik Covid-19.
Kementerian masih berpegang kepada dasar sedia ada dalam pelaksanaan PKPP yang tidak membenarkan perjalanan keluar negeri bagi tujuan tidak penting khususnya aktiviti pelancongan.
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.