Artikel ini ditaja oleh Global Ehsan Relief Malaysia
Kredit: Global Ehsan Relief Malaysia; Edit: ZAYAN
Bayangkan dalam sekelip mata je kita kehilangan insan tersayang. Rumah yang menjadi tempat berlindung pun musnah akibat gempa bumi kuat. Lebih menyedihkan, kita tidak dapat melarikan diri kerana kejadian berlaku pada awal pagi dan pada masa sama kita tidak dapat membantu orang lain.
Sedihkan?
Ini realiti yang terjadi di Syria dan Turki...
Lebih menyedihkan mereka terpaksa melalui bulan Ramadan dalam keadaan serba kekurangan. Berkumpul beramai-ramai di khemah dengan hanya berbekalkan barangan keperluan asas semata-mata.
Gempa bumi ni walaupun berlaku sekejap tetapi boleh memberi kesan lama kepada mereka yang melaluinya. Dan sudah pasti mereka perlukan sokongan dan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Lebih-lebih lagi bulan Ramadan, ramai yang nak rebut pahala berganda bulan ni kan?
Ini kami kongsi antara bantuan yang boleh diberikan…
Ada banyak bantuan yang boleh diberikan bagi membantu meringankan kesulitan yang dihadapi. Antaranya:
#1 Bantuan Moral
Siapa yang tidak tertekan dan trauma apabila kehilangan harta benda dan orang tersayang? Bantu tenangkan, tunjukkan empati, jadi pendengar setia dan ambil berat keperluan mereka.
#2 Bantuan Perubatan
Dalam mana-mana bencana, sudah pasti ada yang tercedera. Bantuan kecemasan dan ubat-ubatan amat diperlukan terutamanya sejurus selepas bencana.
#3 Bantuan Dana
Bantuan berskala besar untuk membantu membina kediaman, bangunan hospital, kelengkapan sekolah dan pusat ekonomi yang rosak teruk.
#4 Bantuan Psikologi
Trauma yang memberi kesan mendalam boleh terjadi untuk tempoh masa tertentu. Iyalah, tahap setiap orang tidak sama dalam berhadapan sesuatu musibah. Ada yang pulih selepas ditenangkan, ada pula yang diserang panic attack dan sebagainya.
#5 Bantuan Keperluan Asas
Bantuan segera, sejurus selepas kejadian. Antaranya termasuk bantuan makanan, tempat tinggal, pakaian dan barangan keperluan asas seperti susu, lampin pakai buang dan sebagainya.
Bagaimana nak bantu?
Anda boleh hulurkan bantuan melalui Yayasan Global Ehsan Malaysia yang bekerjasama dengan rakan kongsi di Turkiye dan Syria dalam menyediakan Makanan Harian Berbuka Puasa dan membekalkan bantuan kecemasan seperti pakaian musim sejuk, selimut, makanan panas, susu formula dan tempat perlindungan sementara kepada mangsa bencana.
Dan sempena Ramadan ini, Yayasan Global Ehsan Malaysia memberi bantuan makanan harian sahur dan berbuka puasa kepada beberapa komuniti yang paling terdedah di 20 negara di seluruh dunia, terutamanya di Türkiye dan Syria di dapur bergerak yang mampu menyediakan 5,000 makanan panas sehari.
Kredit: Global Ehsan Relief Malaysia
Apa tunggu lagi? Ayuh sama-sama menyumbang untuk Tabung Gempa Turkiye dan Syria oleh Yayasan Global Ehsan Malaysia. Sumbangan boleh dibuat melalui:
- Maybank: YAYASAN GLOBAL EHSAN MALAYSIA
- Nombor Akaun: 5511 3755 0534
Anda juga boleh hubungi talian hotline 012-2340413 atau layari laman web rasmi Global Ehsan Relief Malaysia untuk membantu.