Pasangan suami isteri dari Taman Teratai, Nilai terpaku apabila memerlukan kos RM80,000 untuk pembedahan anak perempuan mereka yang berusia tiga bulan.
Menurut Mohd Fadli Kamaruddin dan Siti Sarah Muhamad Saharudin, mereka menerima berita anak kecil itu perlu menjalani pembedahan melibatkan pembedahan tempurung kepala disusuli pembedahan kosmetik bagi memasang implan pada muka, gusi dan gigi serta bibir dan lelangitnya.
Tambahnya, kos keseluruhan pembedahan anaknya, Nur Fatima Aisyah akan dimaklumkan doktor selepas menerima keputusan prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
“Walaupun kami belum tahu kos keseluruhan yang sebenarnya tetapi ada rakan-rakan beritahu anggarannya sekitar RM80,000,” katanya.
Kedua pasangan ini hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mengakui sukar untuk mengumpul wang sebanyak itu bagi menampung kos pembedahan anaknya.
Malah, mereka juga perlu membiayai dua orang anak yang masih bersekolah berusia lapan tahun dan lima tahun.
Namun, pembedahan tempurung kepala ini penting didahulukan kerana otak bayinya itu terkeluar dan berisiko jika dibiarkan lebih lama.
“Kami perlu berhati-hati memegang kepala Nur Fatima kerana jika tersentuh dia akan menangis kesakitan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.