Seorang bekas pesakit COVID-19 tahap lima, Farahana Amira Abdul Radzi berkongsi detik hitam dalam hidupnya apabila disahkan dijangkiti COVID-19 bulan lalu.
Farahana berkongsi di laman Instagram mengenai kisah yang dilalui sepanjang positif COVID-19 ketika itu.
Beliau memaklumkan tidak mengetahui punca bagaimana dia boleh dijangkiti virus tersebut sedangkan dia hanya duduk dan bekerja dari rumah.
“Saya tak tahu macam mana saya boleh terkena jangkitan ini sebab sudah hampir setahun saya bekerja dari rumah, patuh SOP semua,” katanya ditemubual ZAYAN.
Malah, Farahana menganggap penyakit asma yang dihadapinya sejak kecil merupakan salah satu penyumbang dia dijangkiti wabak tersebut.
“Mungkin saya ada asma rasanya saya boleh dijangkiti sebab COVID-19 kan boleh kesan saluran pernafasan kita kan,” ujarnya.
Apabila sedar daripada koma, Farahana tidak mengetahui dia berada di bulan Ramadan dan berdepan dengan situasi kritikal iaitu tahap kelima.
“Saya seakan diberi peluang kedua oleh Allah SWT, saya bersyukur sangat dan berterima kasih sangat dapat sembuh kembali,” katanya lagi kepada ZAYAN.
Pelbagai hikmah di sebalik setiap yang berlaku, Farahana juga menyeru orang ramai untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan dan sentiasa menjaga diri serta keluarga dalam memerangi wabak COVID-19.
Tonton video penuh temubual eksklusif bersama Farahana Amira di saluran YouTube rasmi ZAYAN.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.