Tidak kira sambutan hari jadi mahupun tanda mengucap terima kasih, pemberian hadiah itu adalah satu perkara yang boleh mengeratkan lagi hubungan keluarga dan persahabatan.
Malah, Nabi SAW juga ada memberi beberapa pesanan berkenaan pemberian hadiah.
- Rasulullah SAW biasa menerima dan membalas hadiah
Aisyah R.anha mengatakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا
“Rasulullah SAW biasa menerima hadiah dan biasa pula membalasnya.”
Hadis Riwayat Bukhari (no. 2585)
Janganlah selalu menjadi penerima sahaja. Ada kala kita kena menjadi pemberi.
- Berilah hadiah walaupun kecil ataupun sedikit
يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لاَ تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا ، وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ
“Wahai para wanita muslimah, tetaplah memberi hadiah pada tetangga walau hanya kaki kambing yang diberi.”
Hadis Riwayat Bukhari, no. 2566 dan Muslim, no. 1030
Memberi hadiah tidak semestinya harus yang mahal atau gah. Beri sesuatu ikut kemampuan masing-masing. Memberi hadiah dengan masakkan hidangan kesukaan orang tersebut pun amat bermakna.
- Memberi hadiah boleh menimbulkan perasaan sayang
Dari Abu Hurairah R.anhu, Nabi SAW bersabda,
تَهَادَوْا تَحَابُّوا
(Tahaadu tahaabbu)
“Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.”
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrod, no. 594 – Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)
Perasaan apabila menerima hadiah ini tidak terkata, kita akan rasa seperti diri ini amat dihargai sekaligus mengundang perasaan kasih sayang dari diri ini terhadap si pemberi.
- Jangan minta balik hadiah yang telah diberi
Seperti potongan hadis daripada Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas R.anhum, Nabi SAW bersabda,
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُعْطِىَ عَ طِيَّةً أَوْ يَهَبَ هِبَةً فَيَرْجِعَ فِيهَا إِلاَّ الْوَالِدَ فِيمَا يُعْطِى وَلَدَهُ وَمَثَلُ الَّذِى يُعْطِى الْعَطِيَّةَ ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا كَمَثَلِ الْكَلْبِ يَأْكُلُ فَإِذَا شَبِعَ قَاءَ ثُمَّ عَادَ فِى قَيْئِهِ
“Tidak halal bagi seseorang memberikan suatu pemberian kemudian ia memintanya kembali kecuali ayah pada apa yang ia berikan kepada anaknya (maka boleh diminta kembali)…”
(HR. Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah – Hadis sahih)
Kata orang dulu-dulu, jangan kita jadi ‘buruk siku’, mengambil semula hadiah yang diberikan kepada orang lain sedangkan hadiah tersebut sudah menjadi hak milik mereka. Perbuatan ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang dalam hubungan tersebut.
- Jangan diungkit atas pemberian hadiah tersebut
Perbuatan ini sangat ditegah dalam Islam malah disebut secara jelas dalam firman Allah di bawah.
قَوْلٌ مَعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِنْ صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ ,يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).”
Surah Al-Baqarah (2:263-264)
Perbuatan ini boleh membawa makna bahawa seseorang itu tidak ikhlas memberi hadiah tersebut.
- Kita boleh memberi dan menerima hadiah daripada orang bukan Islam
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu)…”
Surah Al-Mumtahanah (60:10)
Tiada sebarang larangan untuk berbuat baik kepada orang yang bukan Islam, jika mereka bukan musuh ataupun tidak mempunyai niat yang buruk terhadap Islam. Maka perbuatan yang boleh mendatangkan keharmonian adalah dibolehkan termasuklah amalan memberi dan menerima hadiah.
- Terdapat 3 jenis hadiah yang tidak boleh ditolak
Dari Ibnu ‘Umar R.anhuma, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,
ثَلاَثٌ لاَ تُرَدُّ الْوَسَائِدُ وَالدُّهْنُ وَاللَّبَنُ
“Tiga hal yang tidak boleh ditolak; Bantal, minyak rambut dan susu.”
(HR. Tirmidzi, no. 2790. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan)
Diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah menolak apabila diberi hadiah minyak wangi. Lagipun memakai wangi-wangian ini merupakan sunnah bagi kaum lelaki.
Memberi hadiah ini tidak mengurangkan apa pun yang ada pada kita, malah Allah menjanjikan balasan yang lebih banyak kepada orang yang suka memberi. Ganjaran tersebut mungkin diberikan dunia ini ataupun rahsia yang Allah simpan di akhirat kelak.
Sumber: tzkrh.com