Pelbagai hikmah yang diperolehi daripada ibadah puasa untuk memberi kesan yang mendalam dalam membentuk jati diri serta peribadi sebagai mukmin yang sejati.
Mukmin diseru untuk mengeratkan persaudaraan dan menghubungkan silaturahim dengan bermaafan antara satu sama lain.
Bermaafan adalah sifat yang terpuji yang perlu diamalkan kerana ia membawa kepada sifat taqwa.
Setiap tahun tibanya Syawal sudah pasti ia menjadi perkara wajib untuk bermaafan sesama insan tidak kira keluarga atau sahabat handai.
Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda yang sangat disukai oleh Allah;
1. Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertaqwa.
2. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.
3. Sifat tidak mahu memaafkan terhadap orang yang meminta maaf adalah sifat syaitan yang akan membawa kerosakan dalam hidup bermasyarakat.
4. Masyarakat akan aman dan damai jika ahli masyarakat ada sikap pemaaf dan memahami bahawa manusia tidak lepas daripada salah dan silap.
Sumber: Pejabat Mufti Selangor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.