Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan terlibat sebagai barisan hadapan dalam usaha memerangi penularan jangkitan COVID-19 terutamanya kes yang semakin meningkat di negeri tersebut.
Sejak awal tahun ini, JBPM Negeri Kelantan bertindak sebagai agensi bantuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Kelantan dalam operasi pengurusan jenazah yang berkaitan dengan COVID-19.
Pasukan khas HAZMAT dan CBRNE iaitu sebuah pasukan khas yang terlatih dalam menghadapi insiden bencana berkaitan bahan kimia berbahaya, biological, radiological, nuclear dan explosive telah menjalankan lebih 77 buah operasi bantuan pengebumian jenazah di negeri itu.
Pihak JBPM Negeri Kelantan turut berkongsi kepakaran daripada segi kekuatan anggota dan pegawai sepanjang operasi pengebumian jenazah berkaitan COVID-19 berjalan.
Pejabat kesihatan daerah juga bertindak untuk memantau proses berlangsung dan berhubung dengan waris mangsa.
JBPM Negeri Kelantan tetap komited menjalankan tugas yang diamanahkan bagi melancarkan setiap operasi pengebumian jenazah berkaitan COVID-19 di negeri Kelantan sejak setahun pandemik melanda Malaysia.
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.