Masakan berasaskan telur memang menjadi kegemaran ramai khususnya rakyat Malaysia. Antara masakan yang disukai adalah telur rebus, telur hancur dan juga telur separuh masak.
Telur separuh masak sering menjadi pilihan ramai khususnya pada waktu sarapan. Ia juga mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan kerana telur kaya dengan nutrient.
Walaubagaimana pun, hidangan telur separuh masak ini adalah tidak sesuai dihidangkan kepada empat golongan berisiko ini, iaitu:
1. Kanak-kanak bawah 5 tahun.
2. Wanita yang sedang hamil.
3. Warga tua.
4. Individu yang lemah ketahanan tubuh.
Ini adalah kerana, telur yang tidak dimasak sempurna mungkin dicemari dengan sejenis kuman yang dikenali sebagai kuman Salmonella. Ia berlaku apabila kulit telur retak atau poros.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.