Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan sebuah bulan mini sebesar bas berada pada hari terakhir di orbit Bumi dan akan lenyap tidak lama lag.
Namun, bulan tersebut dijangka muncul semula pada 2055.
Bulan itu sebenarnya sebuah asteroid dikenali sebagai 2024 PTS. Jasad angkasa lepas selebar 10 meter itu muncul di orbit Bumi pada 29 September lalu.
Tambahnya, pihaknya memaklumkan kehadiran bulan kedua itu tidak mendatangkan bahaya kepada Bumi kerana ia jauh lebih kecil daripada Bulan sebenar yang selebar 3,474 kilometer.
“Bulan mini ini amat menarik kerana saiznya. Objek ini sangat samar dan kita hanya boleh melihatnya melalui cahaya yang dipantulkan,” kata Profesor Madya Fizik Universiti Baylor di Texas, Barbara Castanheira Endl.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.