Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Dari Kedai Ke Dapur, Tips Elak Pembaziran Sepanjang Ramadan

Kurang pembaziran, lebih keberkatan. Semuanya bermula daripada kita.
Izza Yatim
27 Feb 2026, 01:57 PM

Artikel ini ditaja oleh KDEB Waste Management

pembaziran-makanan-bulan-ramadan

Kredit: Pressmaster/Canva & pixelshot/Canva

Setiap kali tibanya bulan Ramadan timeline media sosial mesti penuh dengan menu sahur dan berbuka serta kemeriahan bazar Ramadan. Kalau boleh semua menu nak dicuba.

Akhirnya berlakulah pembaziran makanan yang menjadi lebih ketara ketika bulan Ramadan.

Ini Bukan Isu Baru!

Pada tahun 2022, secara purata rakyat Malaysia menghasilkan 38,000 tan sisa sehari, 44 peratus daripadanya adalah sisa makanan.

Pada tahun 2023, Malaysia membuang sehingga 90,000 tan makanan sepanjang Ramadan, peningkatan sekitar 15–20% berbanding bulan biasa.

sisa-makanan-terbuangKredit: Suwanb/Canva

Di Selangor sahaja, sebanyak 73.67 tan sisa makanan dibuang setiap hari pada bulan Ramadan pada tahun 2023!

Menariknya, pada Ramadan 2025, jumlah sisa di bazar Ramadan menurun 40%, daripada 70 tan sehari kepada 55 tan sehari, dipercayai kerana peningkatan kesedaran dan pengurangan pembaziran.

suasana-di-bazar-ramadan

Jika setiap rakyat ada kesedaran, sudah pasti isu ini dapat diatasi. Bukan sahaja pembaziran dapat dikurangkan dan wang dapat dijimatkan tetapi alam sekitar pun terjaga.

Macam Mana Nak Elak Pembaziran Sepanjang Ramadan?

#1 Tentukan bilangan juadah & siapa yang makan.

#2 Rancang menu mingguan & beli barang ikut keperluan menu yang dah dirancang.

meal-planKredit: Pixelshot/Canva

#3 Bekukan lebihan lauk dalam bekas kecil single portion untuk sekali makan.

#4 Prep awal bahan basah mengikut bahagian & portion keluarga.

#5 Simpan bahan mentah & makanan dengan cara yang betul. Gunakan bekas kedap udara, labelkan tarikh, dan pastikan suhu peti sejuk sesuai. Kaedah penyimpanan yang betul mengurangkan risiko makanan cepat basi atau kering.

cara-penyimpanan-sayurKredit: Truecreatives/Canva

#6 Tetapkan Leftover Day sehari dalam seminggu untuk habiskan lebihan makanan.

#7 Beli hanya yang perlu di bazar Ramadan.

Selain tips ni, ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan termasuklah membuat baja kompos daripada bahan makanan yang tidak habis, asingkan sisa domestik di rumah dan kitar semula.

Ingat, Usaha Ni Usaha Kita Bersama

Untuk orang Selangor, jangan pula serah pada KDEB Waste Management (KDEBWM) semata-mata untuk menguruskan sisa domestik kita.

tukar-sisa-kepada-baja-kompos

Kredit: Candle Photo/Getty Images

Setiap orang memainkan peranan besar dalam memastikan persekitaran Selangor kekal bersih.

Nak tau apa usaha KDEBWM, follow je Facebook, Instagram & TikTok KDEBWM untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us