Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

[Video] Inisiatif Pelupusan Al-Quran Percuma di KL Tarik Perhatian Ramai

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 May 2025, 02:58 PM

[video] inisiatif pelupusan al-quran percuma di kl tarik perhatian ramaiFoto: Tangkapan layar TikTok

Seorang pengguna TikTok, @motherlyzz, menjadi perhatian warganet apabila memuat naik video mengenai satu lokasi khas bagi pelupusan al-Quran secara percuma di Kuala Lumpur. Video itu menunjukkan naskhah al-Quran lama dan rosak yang dikumpulkan untuk dilupuskan mengikut kaedah yang betul, termasuk yang sudah kekuningan, koyak dan kabur tulisannya.

Menurutnya, menjaga kesucian ayat al-Quran sangat penting dan pelupusan tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

“Buku-buku ini sudah terlalu lama, ayatnya pun tak berapa nampak. Tapi kita kena lupuskan ikut cara betul, bukan buang macam sampah biasa,” katanya dalam video tersebut.

Pelupusan Percuma Untuk Kariah KL

Berdasarkan video tersebut, lokasi yang dimaksudkan ialah Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam yang terletak di Batu Caves, Selangor. Tempat ini beroperasi di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk sekitar Wilayah Persekutuan.

Kebiasaannya, pelupusan helaian yang mengandungi ayat al-Quran dikenakan bayaran sekitar RM7 setiap kilogram. Namun, inisiatif percuma ini memberikan kemudahan kepada umat Islam yang ingin melupuskan bahan-bahan agama lama tanpa bebanan kewangan.

Prosedur Pelupusan Yang Tertib

Pihak pusat menetapkan beberapa garis panduan sebelum menerima bahan untuk dilupuskan. Antara yang paling penting ialah:

  • Hanya helaian yang benar-benar mengandungi ayat suci al-Quran dibenarkan.
  • Pengasingan mesti dibuat terlebih dahulu oleh penghantar.
  • Pihak pusat tidak menerima sebarang bahan bercampur atau bahan bacaan umum.

 

@motherlyzz First time in my life, I pergi lupuskan AlQuran. Interestingnya process dia! For more info, boleh contact @KamiAda #pelupusanalquran #alquran #quran #muslim #islam #kualalumpur #lifetips #fyp #malaysia ♬ original sound - Zettysmomlife

 

Helaian-helaian suci yang diterima akan dibakar dengan penuh tertib. Abunya kemudian ditapis dan dicampurkan dengan air untuk dibentuk menjadi bongkah padat. Bongkah ini kemudiannya dibungkus dan dihantar ke laut untuk ditenggelamkan sebagai kaedah pelupusan akhir yang penuh adab.

Wuduk Diutamakan Ketika Urus Bahan Suci

Apa yang menarik, pekerja di pusat ini sentiasa berada dalam keadaan berwuduk sepanjang masa ketika menguruskan helaian al-Quran. Malah, pengunjung juga digalakkan untuk menjaga wuduk ketika berurusan di pusat pelupusan ini.

“Kami sentiasa pastikan diri dalam keadaan berwuduk. Ini amanah besar. Kami anggap setiap helaian itu tetap suci walaupun sudah lusuh,” ujar salah seorang petugas pusat berkenaan.

Boleh Ambil Semula Bahan Yang Elok

Selain menjalankan tugas pelupusan, pusat ini juga membenarkan pengunjung untuk mengambil semula bahan-bahan agama seperti naskhah al-Quran atau buku-buku lain yang masih elok dan boleh digunakan. Ini membolehkan bahan berkenaan terus dimanfaatkan oleh individu lain.

Perlu Rujuk Pusat Pelupusan Ikut Negeri

Pengguna TikTok itu turut mengingatkan orang ramai agar merujuk pusat pelupusan yang sah di negeri masing-masing kerana Pusat Pelupusan Darul Kalam hanya menerima bahan daripada penduduk di Wilayah Persekutuan sahaja.

“Kalau bukan penduduk KL atau kawasan berdekatan, lebih baik cari pusat yang sah dan diiktiraf di negeri masing-masing. Jangan terus hantar ke sini,” katanya.

Langkah Prihatin Yang Wajar Dicontohi

Inisiatif ini membuktikan masih ramai yang prihatin dalam memelihara kesucian al-Quran walaupun dalam keadaan naskhahnya sudah tidak boleh digunakan. Dengan adanya pusat seperti ini, umat Islam dapat melupuskan bahan suci dengan cara yang betul dan penuh hormat, sesuai dengan tuntutan agama.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us