Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hati Manusia Sentiasa Berubah, Tapi Ada Cara Mudah Untuk Melembutkan Hati

Hati adalah tempat tersimpannya perasaan yang perlu dijaga dengan baik.
Editor
28 Mar 2021, 02:00 PM

Sudah tentu hati ini sifatnya berbolak balik. Ada masa ia gembira dan ada masa ia akan terluka. Jadi bukanlah satu perkara yang mengejutkan jika hati seseorang itu sentiasa berubah walaupun dalam sekelim mata sahaja. Ia bukan sahaja berhubung kait dengan perasaan manusia tetapi dengan iman mereka juga.

hati manusia sentiasa berubah, tapi ada cara mudah untuk melembutkan hati

Hati adalah tempat tersimpannya perasaan yang perlu dijaga dengan baik. Ia tempat tersemat seribu satu perkara. Disebabkan itu, kita perlu menjaga hati dengan baik.

Ia perlu selalu disinari dengan cahaya keimanan agar sentiasa lembut supaya mudah menerima hidayah dariNya. Jadi, bagaimana cara untuk melembutkan hati?

1. Membaca dan mentadabburi Al-Quran

وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Mafhum: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, 8:2)

2. Perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah

 الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Mafhum: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Rad, 13:28)

3. Berkawan dan bergaul dengan insan yang boleh mengajak ke arah kebaikan

Dari Musa Al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda – “Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup alat untuk menyalakan api. Adapun, penjual minyak wangi, mungkin dia akan memberikan hadiah kepadamu atau engkau membeli darinya atau engkau mendapat bau harum darinya. Sedangkan besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau mugnkin engkau akan mendapatkan bau yang buruk.” (HR Bukhari, no. 5534)

4. Berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بكَ مِنَ العَجْزِ والكَسَلِ، والجُبْنِ والهَرَمِ، وأَعُوذُ بكَ مِن فِتْنَةِ المَحْيا والمَماتِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, keburukan di waktu tua dan sifat kedekut. Dan aku juga berlindung kepadaMu dari seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.” (HR Bukhari, no. 2823)

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}