Foto: TikTok
Pernah tak lepas bagi salam, tiba-tiba anda rasa… “Eh kejap, bukan baru buat tiga rakaat je ke tadi?” Kalau pernah, jangan risau sebab bukan anda seorang saja yang pernah alami situasi ni.
Dalam satu video yang dikongsi oleh Masjid Kampung Nakhoda di TikTok, seorang jemaah secara tak sengaja solat dengan rakaat yang tidak mencukupi, dan terus memberitahu imam setelah bagi salam.
Apa imam tu buat? Bangun tambah rakaat yang tertinggal, settle. Tak perlu ulang dari awal.
Cara Nak Cover Rakaat Yang Tertinggal
Kalau anda baru sedar rakaat tak cukup selepas salam, ini apa yang kau boleh buat:
- Jangan tunggu lama sangat — kena cepat-cepat sambung.
- Jangan sembang dulu — kalau dah cakap banyak lepas tu, dah tak valid.
- Jangan buat benda yang batalkan solat — makan, minum, dan sebagainya.
Cara nak ‘top up’ rakaat tu pun mudah:
- Bangun dan takbir macam biasa.
- Baca Al-Fatihah dan teruskan rakaat yang tertinggal.
- Duduk tahiyat akhir, beri salam.
- (Kalau nak lebih lengkap, boleh buat sujud sahwi dulu sebelum bagi salam.)
Nabi Pun Pernah Alami Perkara Sama
Menariknya, Rasulullah SAW sendiri pernah lupa rakaat masa solat. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, sahabat tegur Baginda kerana hanya solat dua rakaat je — dan Rasulullah terus tambah dua lagi rakaat yang tertinggal.
Maksudnya, benda ni memang pernah jadi sejak zaman Nabi lagi. Jadi tak perlu panik. Yang penting, tahu apa nak buat bila dah sedar.
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.