Siapa yang tak suka cendawan goreng? Lagi-lagi kalau dihidangkan panas-panas dan rangup! Gigit je boleh dengar crunch tu. Amat memuaskan! Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Sesuai dihidangkan bersama lauk makan tengah hari atau sebagai kudapan minum petang.
Fuh! Teringin pula, haaa ni ada resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup. Buat sekali je, mesti nak lagi!
Bahan-Bahan:
1 mangkuk cendawan tiram
1 biji telur
1 mangkuk tepung goreng berempah segera
minyak, untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Bersihkan cendawan tiram dan lap dengan tisu atau kitchen towel sehingga kering. Kemudian carikkan, tetapi jangan terlalu kecil.
- Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sebati.
- Dalam mangkuk yang berasingan, tuang tepung goreng berempah segera cukup sekadar untuk disalutkan cendawan. Tepung TIDAK perlu dibancuh.
- Celup cendawan dalam telur (mangkuk pertama) dan golekkan cendawan di dalam tepung goreng berempah (mangkuk kedua).
- Goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.
Tips:
- Garam tidak digunakan di dalam resipi ini kerana kebanyakan tepung goreng berempah segera sudah mempunyai rasa masin secukupnya. Jadi hati-hati jika anda mahu masukkan garam.
Sumber: Resepi Che Nom
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.