Penulis lirik lagenda, Datuk Habsah Hassan disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Beliau mengalami kesukaran bernafas dan terus dikejarkan ke hospital semalam.
Tambahnya, doktor mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada paru-parunya ketika menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan beberapa hari lalu.
“Susulan itu, saya alami batuk yang berpanjangan dan sakit mata. Selepas menjalani swab test, saya disahkan positif COVID-19.
“Memandangkan saya juga berasa sesak nafas, akhirnya saya buat keputusan untuk rujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” ujarnya.
Bantuan oksigen oleh doktor juga diberikan kepadanya akibat menghidapi virus ini di tahap tiga.
Suaminya, Mohamed Jusoh juga dijangkiti wabak yang sama, namun, menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Sudah ditakdirkan saya diuji dengan penyakit ini, walaupun sudah sekian lama saya tidak keluar rumah dan tidak bertemu orang.
“Saya redha Allah memberi saya ujian ini. Semoga sahabat-sahabat saya dapat mendoakan saya sekeluarga diberi kesembuhan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.