Sudah pasti ramai orang sedang mengalami dalam fasa di mana kawan-kawan dan ahli keluarga anda telah mendirikan rumah tangga.
Ada juga dalam kalangan kawan anda yang mungkin telah pun dikurniakan cahaya mata. Selalunya kita akan memberikan hadiah seperti pakaian mahupun barangan bayi yang lain kepada mereka dan diberikan ucapan tahniah buat pasangan yang telah bergelar ibu bapa.
Namun, tahukah anda selain daripada hadiah dan ucapan tahniah, ada lagi perkara yang lebih menarik dan diberkati untuk diberikan kepada mereka, iaitu ucapan doa buat bayi tersebut.
Perbuatan sunat mendoakan bayi tersebut dengan doa yang boleh memberi keberkatan. Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada al-Husain RA bahawa beliau mengajar seseorang untuk mengucapkan tahniah;
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَــوْهُوْبِ لَكَ، وشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
Maksud: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sehingga ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”
Dan antara doa lain yang boleh dibaca juga adalah berdasarkan riwayat daripada Aisyah RA, Baginda SAW telah mendoakan seorang kanak-kanak, iaitu;
للَّهُمَّ اجْعَلْهُ بَاسا [بَارًا] رَشِيدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا
Maksud: “Ya Allah, aku memohon engkau jadikan anak ini anak yang baik, berani dan cergas serta besarkanlah ia dalam Islam dengan baik” (Hadis Riwayat Abu Nuaim, 2/84)
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.