Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan implikasi amaran cuaca bahaya tengan hujan lebat yang dijangka berlaku di seluruh negara terutamanya di Terengganu, Pahang dan Johor sepanjang minggu ini.
Sebagai rakyat Malaysia secara amnya, keadaan banjir yang melanda negara ketika amat membimbangkan. Sewajarnya, selain menghulurkan bantuan, kita sebagai saudara seagama ataupun rakyat Malaysia, ayuh mendoakan mereka yang sedang ditimpa musibah ketika ini.
Doa ini khusus bagi kita meminta bantuan dan perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.
Ia juga boleh dibaca sekiranya kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kalasan, ataupun dilihat dengan jelas kekufuran berlaku di kalangan masyarakat.
Dari Ibnu ‘Umar, dari bapaknya ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ رَأَى صَاحِبَ بَلاَءٍ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى عَافَانِى مِمَّا ابْتَلاَكَ بِهِ وَفَضَّلَنِى عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً إِلاَّ عُوفِىَ مِنْ ذَلِكَ الْبَلاَءِ كَائِنًا مَا كَانَ مَا عَاشَ
“Siapa saja yang melihat yang lain tertimpa musibah, lalu ia mengucapkan,
‘Alhamdulillahilladzi ‘aafaani mimmab talaaka bihi, wa faddhalanii ‘ala katsiirim mimman khalaqa tafdhilaa’
Artinya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.
Kalau kalimat itu diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (HR. Tirmidzi, no. 3431; Ibnu Majah, no. 3892. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini dha’if dan penguatnya, syawahidnya juga dha’if. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Apa yang kita boleh mengambil iktibar daripada bacaan doa ini adalah untuk mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah SWT kerana masih diselamatkan daripada ditimpa musibah.
Sebaiknya, kita disarankan untuk menyambung bacaan doa sebentar tadi dengan bacaan doa berikut ini.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أجرْهُم فِي مُصِيبَتِهِمْ، وَأَخْلِفْ لَهُمْ خَيْرًا مِنْهَا
Innalillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma ajirhum fii mushibatihim, wa akhlif lahum khoiron minha
Artinya: Sesungguhnya kita milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik.
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.