Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Demi Keselamatan Rakyat Palestin, Ayuh! Panjatkan Doa Qunut Nazilah Buat Mereka

Berdoa demi saudara kita di Palestin.
Muhammad Izwan Zainal
12 May 2021, 11:19 AM

Berita menyayat hati menggemparkan umat Islam di dunia dengan isu penindasan ke atas rakyat Palestin oleh Israel. 

Isu ini mendatangkan amarah apabila ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia, di saat umat Islam sedang menunaikan ibadah.

demi keselamatan rakyat palestin, ayuh! panjatkan doa qunut nazilah buat mereka

Wahai saudaraku, berdoalah untuk saudara dan sahabat yang lain di Palestin biarpun tanpa diketahui kerana doa seperti ini akan diterima dan diaminkan oleh para malaikat.

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah SWT daripada bahaya.

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak.

demi keselamatan rakyat palestin, ayuh! panjatkan doa qunut nazilah buat mereka

Doa Qunut Nazilah dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk untuk Iktidal.

Ayuh! Marilah kita bersama memanjatkan doa buat saudara kita di Palestin agar terus dilindungi Allah SWT dalam mempertahankan lambang kesucian Islam.

Bacaannya seperti berikut;

demi keselamatan rakyat palestin, ayuh! panjatkan doa qunut nazilah buat mereka

“Ya Allah! Ampunilah dosa kami, kaum muslimin dan muslimat (orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan), mukminin dan mukminat (orang-orang Islam lelaki dan perempuan). Satu-padukan hati mereka dengan kasih sayang. Perbaikilah segala urusan mereka dan bantulah mereka melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. Ya Allah! Laknatilah orang-orang kafir yang menghalang orang lain menuju ke jalan-Mu dan mereka yang mendustakan para Rasul-Mu dan mereka yang memerangi para kekasih-Mu.Ya Allah! Pecah-belahkan kesatuan mereka, hancur-leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak dapat dielak oleh orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon perlindungan dan keampunan-Mu.”

Sumber: tzkrh

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}