Hidup di dunia akan sentiasa diuji terutama sekali dari segi harta. Kita akan selalu rasa seperti rezeki tak pernah cukup tapi lebih daripada cukup sebenarnya.
Selain daripada bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang diberikan Illahi, kitab oleh mengamalkan doa ini supaya sentiasa diberikan perlindungan dengan ujian harta.
اللَّهُمَّ اكْفِني بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.”
Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Al-Hakim – hadis dinilai hasan menurut At-Tirmidzi
Kesenangan harta tidak akan datang begitu sahaja, kita akan diuji dengan kemiskinan mahupun dengan kekayaan. Ujian harta itu pasti akan datang. Jadi kita haruslah meminta pertolongan dan perlindungan daripada Illahi daripada ujian harta.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.