Perkara munafik amat berbahaya bagi setiap Muslim. Perkara ini boleh melanda hati manusia apabila mereka sudah tidak lagi memandang berat akan reda Allah, sebaliknya ingin meraih perhatian dan ‘reda’ manusia semata-mata.
Sedangkan Islam telah mengajar kita supaya percaya dan reda kepada Allah dengan melakukan perkara yang Allah suka dan meninggalkan perkara yang dilarang olehNya.
Namun, hari ini, berapa banyak dari kalangan kita yang sanggup mengejar kemewahan dunia sehingga tidak endah akan perkara tersebut.
Jadi, bagaimana untuk mengelakkan virus ini daripada melanda diri kita? Salah satunya adalah dengan mengamalkan doa yang diajar. Terdapat beberapa doa yang diamalkan oleh nabi-nabi mahupun para sahabat dalam menghindari masalah ini, antaranya;
1. Memohon hidayah dan taufiq
للَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Maksud: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu hidayah, ketakwaan, kehormatan yang terjaga dan kekayaan.” (HR Muslim, no. 2721)
2. Doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim as
وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ
Mafhum: “Dan jauhkanlah aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.” (Surah Ibrahim, 14:35)
#3 – Doa elak dari kekufuran
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْكُفْرِ، وَالْفُسُوقِ، وَالشِّقَاقِ، وَالنِّفَاقِ، وَالسُّمْعَةِ، وَالرِّيَاءِ
Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kekufuran, kefasikan, kederhakaan, kemunafikan dan riak.” (HR Al-Hakim, no. 1944. Disahihkan oleh Al-Albani)
4. Doa yang diamalkan Abu Bakar
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur. Laa ilaha illa anta.” (HR Abu Daud, no. 5090)
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.